Pasar Serikin merupakan salah satu destinasi yang mesti anda kunjungi apabila melancong ke Kuching Sarawak .. ( bagi pelancong luar ) Pasar Serikin terkenal bukan semata-mata kerana bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia kalau tidak kerana kerepek sukun atau pelbagai jenis mini samosa dan popia goreng haha itu pendapat saya lah ..
Pasar ini terletak di Kampung Serikin iaitu sebuah kampung orang bidayuh yang terletak di sempadan Sarawak-Kalimantan .. Pemanduan dari Kuching ke Serikin mengambil masa kira-kira 1 jam. tengok jugak memandu ikut style mana ho .. Pasar ini menjual pelbagai jenis kraftangan, batik, barang-barang tradisional, pakaian, dan macam-2 lagi. Ia hanya dibuka pada hujung minggu, iaitu hari Sabtu dan Ahad. Pasar ini bukan tempat yang sesuai untuk peminat-peminat barangan branded .. Jadi kalau nak beli beg LV ori, tak perlu pergi sini .. Nanti komplen memanjang ..
>> Waktu terbaik untuk pergi ke sini adalah pada waktu pagi ..
>> Berhati-hati .. Jangan bawa makluk asing ataupun barang larangan keluar/masuk kawasan ini .. Terdapat 2 pos imigresen dan polis yang mengawal .. Jika nasib anda tidak baik, kereta anda mungkin ditahan dan diperiksa :)
>> Bagi mereka yang mempunyai tahap keraguan yang tinggi, sila bawa makanan sendiri. Saya ada khuatir anda was-was untuk membeli makanan di sana :) Cuba try Bakso Yanik bila kat sana nanti k ? Highly recomended !
>> Harga makanan dan minuman di sini juga TERmahal sedikit dari kawasan Kuching .. Taknak belanja lebih sila bekal air siap-siap ya ..
>> Pasar ini tidak berbumbung! Bawa payung kerana Serikin amat terkenal dengan kepanasannya bak kata kawan saya Eddie Zayn .. Serasa di gurun sahara katanya .. hahaha
>> Tawar-menawar ..Pastikan anda mahir teknik tawar-menawar ..Anda boleh dapat barang tersebut dengan harga lebih rendah dari apa yang mereka minta ..
>> Jangan lupa singgah di kedai kami .. Porog Manak .. Kami menjual pelbagai jenis tikar .. dari tikar evamatik , tikar kayu , tikar rotan dan banyak lagi kraftangan lainnya ..
Bagi anda yang suka jalan-2 beli belah di Kampung Serikin , sebelum berpergian Ringgit tu tukarlah dulu ke Rupiah .. Rupiah nilainya kecil apalagi tukaran wang masa sekarang 36 gila kauu .. Bayangkan Rm50.00 ditukar menjadi Rp 180.000 kalau nanti nak beli baju seharga Rp40.00 (Rm10.00) kalau dijual harga ringgit Rm15.00 untung bukan ?
Kalau nak beli tikar tu memang tak dapat lah nak tawar sebab pedagang tempatan punya tapi senang rondeng .. Kira oke lah , pendatang luar semua kenal muka saya kalau saya nak jalan-2 singgah dulu pinjam kacamata then jalan sampai hujung kampung bila balik lupa nak bagi balik mereka pun tak kisah .. haha orangnya semua peramah ..
Satu lagi tips kalau nak beli barangan , Gue : Bang , ini berapa ?
Pedangan : Itu Rm 20 saja dek ..
Gue : Kenapa minggu lepas saya beli Rm15 ( trick hack ala gue )
Pedagang : Mana ada dek , itu sudah paling murah dah ..
Gue : Takpa lah saya beli sana saja ..
Pedagang : Takpa lah abang bagi Rm16.00
Gue : Terima Kasih , Semoga banyak lagi yang laku , minggu depan saya bawa kawan banyak lagi datang beli sini k ..
Pedagang : ( Mati Saya )
Haha , okay kann ? CUBA KO TRY !
" I know you got your own town I know you got your own ways I know you got your own life I'm just sayin' come on down to my place ... Everybody's welcome here Everybody welcome to my city ... Welcome you to Kampung Serikin "
No comments:
Post a Comment