Thursday, 19 December 2013

47 RONIN ( Movie Review )

Setelah lama menantikan kemunculan filem yang diinspirasikan dari hikayat sebenar ini akhirnya 47 Ronin muncul di pawagam-pawagam berhampiran anda pada 19 Disember 2013 ..

Bagi yang pernah melihat trailer 47 Ronin sebelum ini, pasti hati kecil anda terdorong untuk mengetahui kisah sebenar yang menjadi punca samurai-samurai Jepun menyimpan dendam kesumat selama bertahun lamanya .. Untuk pengetahuan anda, 47 Ronin merupakan sebuah kisah lagenda terkenal Jepun mengenai pengorbanan dan kesetiaan para samurai kepada ketua mereka .. Menerusi filem ini peminat genre aksi pastinya mengagumi ketangkasan Keanu Reeves berlawan menggunakan pedang samurai menerusi watak Kai .. Kisah penuh emosi ini bermula apabila seorang pemerintah dari kerajaan lain dikenali sebagai Lord Kira telah menggunakan ilmu sihir untuk menjatuhkan pemerintah kerajaan Ako .. Sejak daripada itu kerajaan Ako telah kehilangan pemerintah sekaligus menyebabkan kesemua samurainya dibuang daerah .. Lebih menyedihkan lagi Kai telah dijual sebagai hamba dan ketua samurai iaitu Oishi telah dikurung di dalam lubang bawah tanah manakala puteri Ako , Mika pula telah dilarikan oleh Lord Kira untuk dikahwini selepas tamat tempoh perkabungan ..

Setelah setahun menderita , Oishi akhirnya kembali ke kampung halaman dan mengumpulkan semula pejuang samurai yang lain bagi membalas dendam ke atas kematian ketua mereka .. Kai yang selama ini tidak diterima oleh samurai-samurai kerana berdarah kacukan telah dipanggil untuk membantu mereka menewaskan Lord Kira dan menyelamatkan Puteri Mika ...

Persoalannya kini , mengapa filem 47 Ronin sebuah filem yang penuh emosi ? Walaupun ianya adalah filem aksi namun terdapat beberapa adegan menyayat hati yang diselitkan ... Sebagai contoh , penonton ditayangkan dengan babak pemerintah Ako yang juga ketua 47 Ronin menamatkan riwayatnya sendiri sambil disaksikan oleh anaknya dan seluruh rakyat jelata akibat muslihat Lord Kira .. 47 Ronin turut menerapkan keutuhan semangat juang samurai-samurai bagi mengembalikan maruah mereka walaupun mengetahui maut menanti mereka di kemudian hari .. Selain itu penonton juga didedahkan dengan budaya masyarakat dahulukala di Jepun yang mengamalkan hukuman mati sekiranya melanggar arahan ketua pemerintah dan undang-undang kerajaan ..

Sebelum itu, apa kata anda tengok dulu trailer dari filem ini di Youtube supaya dapat memberi sedikit gambaran mengenai jalan ceritanya .. Jika terus merasa penasaran boleh anda saksikan sendiri di pawagam berhampiran anda .. Bagi yang tak dapat turun ke panggung juga boleh anda saksikan secara online melalui website www.watch32.com / www.tunemovie.com ...

No comments:

Post a Comment