Heloo , jumpa lagi .. Kali ini nak citer kelanjutan percutian kami , the gengs ke Sabah di bawah bayu .
Day 2 , 30 Oktober 2012 - Kundasang
Keesokan harinya saya and the gengs bangun pagi then pergi breakfast di sebuah restaurant Delight D'aru kiranya ditempat kami semacam Bombay Masala gitu .. Waktu siang disini awal sejam dari waktu di tempat kami. Kami pun snap2 gambar je sekitar tu. Tepat kul 9 .00 kami pun cek out hotel dan berangkat menuju kundasang .. GPS mode on !
Tapi sebenarnya jangan risau jalan nak ke Kundasang memang senang sangat. Dari KK, korang ikut je signboard Tuaran. ikut je signboard tu sampai korang jumpa signboard ke Tamparuli. ikut Tamparuli then Ranau.. Dalam perjalanan tu, korang akan jumpa jambatan Tamparuli pastu Pekan Nabalu.Tambah2 view kat sepanjang jalan memang cantik dan udara pon nyaman je.. cuma kat separuh jalan hujan dah mula turun.. Tak lebat sangat tapi kabus dah makin tebal..
Perjalanan diteruskan ke kaki Gunung Kinabalu. Bayaran masuk RM3 je dewasa, kira per head, kenderaan tiada caj apa-apa. Naik atas sampai ke Timpohon Gate tu tak ade la jauh mana, ramai je yang jalan kaki. Kebetulan hari tu tak ramai orang, parking kat Timpohon Gate tu tersangatlah limited. Nasib baik ada lagi area yang boleh diparking. Masa kami sampai tu ada la dua tiga orang mat salleh baru sampai turun dari kemuncak, penat je nampak tapi happy. Menara peninjau di Timpohon Gate ni sempoi habis, memang teruja kalau dah sampai kata atas tu dengan cable car. kalau ade . Anyways, macam aku kata tadi view pont sini memang sempoi habis, kalau nak cari sesuatu yg menarik memang tak ade pun, yang ada cuma gate, stesen TNB dan tupai...haah, tupai. Orang sini kata tupai tu baru je ade dan tersangatlah jinaknya, cuma kalau nak pegang dia lari lah, but cute. Last-last tupai tu lah yang jadi tumpuan sebab kemuncak Gunung Kinabalu dah tak nampak langsung dah.
Otw turun semua dah lapar, kami singgah dulu souvenier shop beli serba sedikit barangan untuk kenangan .. Felicia beli baju LOVE SABAH then Hiew model kita tak habis2 snap and pose kat sana . Setelah itu , kami pun bergerak meninggalkan Kinabalu park dan menuju ke Kundasang pula .. Tiba di Pekan Kundasang dalam pukul 2 .00 petang . Tanpa berlenggah lagi , kami teruskan ke destinasi berikutnya iaitu Kundasang War Memorial ..
Yesss , saya jadi model ! Hahaha ..takkan asyik Hiew je kan ...
Me again , Pose ..
War memorial ini adalah sebuah kubu peringatan , juga sebuah taman .. Malas lah nak terangkan tempat nie ha bukan apa saya sendiri pun tak tahu apa sejarahnya yang saya tahu ... tempat tue wow , British banget !
Masuk je ke taman ni, harum semerbak bau ros-ros yang sedang mekar di taman :)
Kat depan ni ada rumput, pastu ada signboard "Jangan Pijak Saya Nanti Saya Mati".. Lupa nak ambil gambar T_____T huhuhuhu ..
Masa ni cuaca dah panas & tak sejuk mana dah so tak payah nak pakai sweater pon takpe ..
Me and the gengs
Habis je keliling war memorial kundasang , kami orang mengisi perut dan tak tahan lagi .. Singgah menjamu selera di pekan kundasang ada kedai makan Nasi Ayam Antarabangsa .. Peliknya di tempat itu susah nak dapatkan minuman tin mungkin belum ada penghantaran sampai ke situ kot maklum lah pendalaman nak dikatakan .. yang ada air milo panas .. terpaksa berkejaran ke kedai sebelah lagi untuk membeli minuman tin .. Selepas makan , kami pun menuju ke Hotel berdekatan Cek in dulu mandi bersihkan badan setelah sehari suntuk berjalan ..
Pilihan kami , adalah Kinabalu Pine Resort .. Cantik giler tempat tue ..
Resort ini memang terkenal di Kundasang kerana tempatnya memang strategik untuk melihat Gunung Kinabalu secara jelas... Kami menyewa 2 buah bilik dan harga sebuah bilik ialah RM240 berserta dengan pakej dinner dan breakfast! bagi kami sangat berbaloi dengan resortnya yang cantik dan makanannya yang sedap... pastu cuaca di situ sangat sejuk dan nyaman ! Selepas cek in kami berehat sebentar dan melanjutkan lagi perjalanan dalam kul 4 . 00 petang .
Next , kami menuju ke Desa Dairy Farm . Tempat ternakan lembu tenusu terbesar di Sabah.
Moooooooooooo!!!!!!!!!
Moooooooooooo!!!!!!!!!
Pada sesiapa yang pergi ke kundasang jangan lupa singgah di Desa Dairy Farm ni..
Sebab tempat ni memang cantik giler..dah la cantik sejuk pulak tu..
terasa segar sangat masa berada kat sini.. Memang benarlah kata orang tempat ni cantik macam kat New Zealand....
yer ker? Saya pun tak tahu... Sebab saya sendiri pun tak sampai lagi kat New Zealand tu...
hehe..
Bayaran utk masuk :
Dewasa: RM 3.00 (seorang)
Kanak-kanak: RM 2.00 (seorang)
Waktu Lawatan : 8.00AM - 12.00PM
: 1.00PM - 5.00PM
: 3.00PM (waktu pemerahan susu)
Dewasa: RM 3.00 (seorang)
Kanak-kanak: RM 2.00 (seorang)
Waktu Lawatan : 8.00AM - 12.00PM
: 1.00PM - 5.00PM
: 3.00PM (waktu pemerahan susu)
Tetiba pulak aku rasa jatuh cinta.. kat lembu tempat ni..
hemm... rasa berat hati nak tinggalkan.. tempat cantik ni...
Mungkin aku akan jejakkan kaki lagi kat sini kot. Sebab hatiku telah terpaut pada si lembu gemok
bertompok -tompok...
kah..kah..kah...
ok lah.. aku dah start merapu....
jom layan gambo dulu ..
hemm... rasa berat hati nak tinggalkan.. tempat cantik ni...
Mungkin aku akan jejakkan kaki lagi kat sini kot. Sebab hatiku telah terpaut pada si lembu gemok
bertompok -tompok...
kah..kah..kah...
ok lah.. aku dah start merapu....
jom layan gambo dulu ..
Agnes Monica kalau nak shooting video klip lagu rindu dia kat sini pun boleh jadi lah .. sebab apa ? Ntah la , maybe nextime saya berkunjung lagi saya pula buat video klip lagu rindu versi saya sendiri , hahaha ....
Hiew and Friends , lol !
Hujan lah pula , kami pun taknak kebasahan dan bergegas meninggalkan desa farm nie ..huhu .. bye lembu sekalian .. :)
Dah puas menikmati cuaca yang sejuk dan nyaman di desa farm kami terus bergerak menuju ke ladang teh Sabah di Ranau... agak kecewa jugaklah bila sampai di sana sebab cuaca semakin memburuk ! Ambil gambar sikit sebagai kenangan, shopping teh sabah dah terus gerak ke Kelah Sanctuary di Sungai Tagal... dan pastinya inilah pengalaman yang paling dinantikan, beri makan ikan kelah secara dekat ! Tapi alangkah malang hujan terlalu lebat sehingga kami terpaksa , terpaksa taw untuk membatal niat pergi ke Kelan sanctuary ..
Hujan Hujan Hujan .. Kami disini tak snap banyak gambar so ini jelah yang terdaya ..
Memandangkan hujan tiada tanda-tanda nak berhenti kami terpaksalah redah je untuk ke kereta ... Kami terus menuju ke poring hotspring .
Jam telah menunjukkan waktu pukul 5 . 30 petang , keadaan hari juga semakin gelap dan menuju ke poring hotspring pula memakan masa yang lama .
Kami tiba di poring hotspring pada pukul 6 . 30 petang dan hari pun dah malam . Kami beli terus tiket dan masuk . Tiada apa lagi yang mampu kami nak tengok , semua orang pun dan bersurai tinggal kami the gengs je tinggal dan snap dulu bagi tanda yang kami telahpun menjejak kaki di poring hotspring nie ..
Lepak-lepak sambil rendam kaki kat kolam air panas tu... sangat best ! rasa segar dan hangat je ...
Selepas bersuka ria di pring hotspring kami pun meninggalkan tempat tersebut dan kembali ke hotel .. Puas rasanya berjalan sakan pada hari kedua .. Setibanya kami di hotel , terus makan malam . Kami makan steamboat . Dan steamboat yang kami makan disana agak berlainan sikit , ianya lebih kepada merebus kukus dan no gorengan ...
Selepas makan , kami pergi ke shop membeli sedikit makanan dan minuman untuk dibawa ke bilk hotel . Tepat pukul 9 malam kami semua berkumpul di balkoni hotel sambil menikmati udara yang dingin menusuk kalbu juga awan memang dah kat depan mata .. Indahnya kundasang pada malam ketika itu , tak dapat saya nak ungkapkan dalam ucapan atau kata - kata ...
Habislah kisah hari kedua kami di Kundasang... lepas ini cerita kami kembali ke Kota Kinabalu pula nantikan ye ! Thanks for alls ...
No comments:
Post a Comment