Saturday, 24 November 2012

Pitch Perfect ( The Review )



It is NOT another GLEE movie ..
Pitch Perfect berkisar tentang kehidupan dan usaha kumpulan pelajar universiti yang menyertai pertandingan nyanyian secara acapella atau 'making music with their mouth and hands" 



Beca adalah seorang remaja yang baru memasuki Barden College, merupakan remaja yang "rebellious" kerana perceraian di antara orang tuanya

Dia memasuki Barden College kerana ayahnya berjanji untuk menanggung pengajiannya di Barden College dan sekiranya dia tidak berjaya menyesuaikan diri, ayahnya akan membantu dia berpindah ke LA untuk menjadi seorang komposer musik.
Treble Makers merupakan sebuah kumpulan akapella lelaki yang juga berasal dari Barden College dan pesaing paling ketat kepada The Bellas iaitu kumpulan akapella wanita yang diketuai oleh Aubrey

Chloe, kawan baik kepada Aubrey, mendapati bahawa Beca memiliki kebolehan untuk menyanyi dan mencadangkan Beca hadir kepada sesi uji bakat untuk memilih ahli The Bellas
Aksi-aksi ketika sesi uji bakat adalah yang paling mencuit hati dan menggamatkan panggung
Especially, ketika tiba giliran Fat Amy

Pelbagai personaliti gadis yang datang juga sangat menggelikan hati ..
Chloe: What's your name?
Fat Amy: Fat Amy.
Aubrey: You call yourself Fat Amy?
Fat Amy: Yeah, so twig bitches like you don't do it behind my back.
#LOL

Ada seorang tu yang suaranya tidak kedengaran dan asyik menyebut "saya dilahirkan dengan insang seperti ikan"
Memang lawak di bahagian ini




Lakonan Rebel Wilson sebagai Fat Amy sangat best
Dia melakonkan watak sebagai seorang pelajar yang 'beautiful plus size with an attitude and loving it'
Dia sangat yakin akan dirinya walaupun bersaiz lebih besar dari yang lain


Keinginan untuk berjaya dan juga cabaran untuk menjadi lain dari yang lain adalah titik utama penceritaan di dalam wayang ini

Sepertimana wayang-wayang yang melibatkan isu pertandingan, The Bellas mempunyai isu kepimpinan dan juga keinginan untuk mengalahkan Treble Makers


Di masa yang sama, Aubrey tidak ingin membelakangkan tradisi The Bellas yang mengutamakan lagu-lagu yang 'evergreen' ketika pertandingan

Manakala ahli-ahli lain seakan-akan terpikat dengan pendekatan Beca yang lebih alternatif dan moden ..



Apakah yang akan terjadi?


Mungkinkah Treble Makers akan mengungguli pentas akapella selamanya atau The Bellas yang akan merampas tahkta?




Plot penceritaan : 4.7/5.0. Jalan cerita yang simple, menarik dan sangat lawak. Bed ready to laugh your heart out. Lakonan Fat Amy memang sangat-sangat mengujakan dan lain-lain karakter pun terbaik. Anna Kendrick sebagai Beca pun 'aca-believable'.

Penghayatan : 4.8/5.0. No complain here!







Pitch Perfect Official Trailer




No comments:

Post a Comment