Wednesday, 4 December 2013

Movie Review : FROZEN

Frozen : Penuh dengan jenaka !

Dengan membaca tajuk di atas, pasti korang mendapat sedikit gambaran mengenai filem animasi baru terbitan Walt Disney Animation Studio berjudul Frozen : Anna & Permaisuri Salji .

Untuk pengetahuan korang , cinema di Malaysia menayangkan filem animasi ini dalam versi asal Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu untuk memberi pelbagai pilihan kepada penonton .. Dari apa yang diperhatikan ketika menonton filem ini dua hari lepas, ramai penonton terhibur dan LOL dari awal hinggalah ke akhir tayangan macam tengok filem Pitch Perfect pula tapi yang nie sangat mengingatkan saya kepada filem The Rise Of The Guardian tahun lepas yang tarikh penayangannya sama dengan Frozen .

Filem arahan Cris Buck ini mengisahkan tentang pengembaraan epik Puteri Anna bersama Kristoff untuk mencari kakaknya Puteri Elsa yang memiliki kuasa ajaib .. Di awal tayangan Frozen, kita akan didedahkan dengan pengorbanan Puteri Elsa yang terpaksa menjauhkan diri dari semua orang selepas hampir membekukan adiknya secara tak sengaja.Menurut seorang pakar yang memulihkan Anna, Elsa perlu mengawal kuasa yang dimilikinya sebelum insiden lebih teruk terjadi dan mengancam semua orang ..Namun pada hari pertabalan Puteri Elsa sebagai Permaisuri Arrendell , Anna telah mengundang kemarahannya ! Akibat daripada itu, Elsa tidak mampu mengawal kuasa luar biasanya dan menyebabkan kerajaan Arrendell dilitupi salji selamanya .. Selepas dituduh sebagai perempuan sihir, Elsa pun melarikan diri ke Gunung Timur di mana dia telah membina sebuah istana ais sebagai tempat persembunyiannya .. Anna dan Kristoff terpaksa mengharungi pelbagai cabaran seperti ribut salji dan bertemu dengan Olaf dalam usaha mereka untuk mengembalikan musim panas .. Namun di saat Elsa mula merasa aman, datang pula ancaman lain yang ingin membunuhnya supaya sumpahan ke atas Arrendell dapat dihapuskan .. Dalam masa yang sama, Elsa sekali lagi telah mencederakan adiknya apabila dia secara tidak sengaja telah membekukan hati Anna .. Kalau anda nak tahu apa seterusnya yang terjadi kepada Puteri Elsa, Puteri Anna dan Arrandell, jangan lupa saksikan filem animasi muzikal nie yang dah pun ditayangkan 28 November lepas ..

Secara keseluruhannya, Frozen yang mempunyai elemen kasih sayang antara keluarga dan keberanian amat sesuai ditonton oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa pada musim cuti persekolahan ini .. Apapun untuk korang semua di sini saya sertakan gambar-2 filem berkenaan untuk tatapan korang . So , bila free nanti ajak member pergi tengok filem nie memang berbaloi dan semoga terhibur !

No comments:

Post a Comment