Salam, syukur sekali hari ni kita masih diberi peluang untuk bernafas dan hidup di muka bumi Tuhan ni. Saya harap kamu semua sihat selalu, ceria dan gembira. Kalau hati tak gembira pun, buat buat la macam gembira ok..
Dua tiga hari ni saya banyak melayari spiderweb mencari gambar gambar sugar glide dan maklumat tentang sugar glider ni. Saya teringin nak ada pets balik . (Kucing tu takyah lah nak disebut ..melambak je ..agaknya dah sekampung kot ) .Dulu time saya ada pets which is Guinea Pig, saya ada bagi orang jaga..tapi sayangnya pets saya tu pun dah mati..
Sekarang ni lagilah, tengah takde mood nak buat macam macam perkara. So memang tengah mencari pets untuk dibela...dan saya pilih untuk membela Sugar Glider !
Mahal memang mahal la sugar glider ni. Tapi kalau dah nak sangat, duit pun dah tak nak berkira dah...lebih baik spend duit kat perkara yang kita suka daripada spend duit untuk benda yang akan beri sakit pada kita balik. Cis, buang masa je kan !
Saya nak memperkenalkan ahli keluarga terbaru saya...Sugar Glider ! Hari ni owner Sugar Glider ni bertungkus lumus cari rumah saya,dari pagi sampai pukul 4 petang baru jumpa rumah.Sanggup dia berkejaran kemudian ke rumah saya pulak. Cewwwah dah nama pun businessman kan.Penantian kehadiran Sugar Glider ni buat saya teruja huhu..
Owner Suggie bawak lebih kurang 12 ekor sugar glider ni..nanti dia suruh saya pilih sendiri mana satu saya nak ; )
Hee - Hee dapat dah ..
Hi everyone ! :p
Inilah sugar glider (Female) saya, saya janji nak jaga dia baik baik..
Saya bagi nama " Irvette " Ok tak ?
Umur dia 7 months .
jangan risau, suggie saya ni manja, tak gigit orang pun = ) tapi kene layan dia baik baik la...puji dia selalu..jangan bagi dia terkejut..nanti dia marah dan bising = (
Inilah sangkar suggie saya..comel je, mcm sangkar hamster.. Orang kata suggie ni nak kena sangkar besar. Tapi Kalau suggie nie rasanya tak perlu sangkar besar kot. Nanti kalau dah masuk peringkat remaja ke, boleh la saya bikin satu sangkar khas untuk mereka =)
nak buat apa tu sayang ? hihihi...
Me & Irvette
Walau mahal harga suggie saya ni, saya bersyukur dan gembira dapat bela haiwan ni. Memang merekalah yang akan jadi kawan baik saya selain facebook & Twitter dan blog lepas ni. Keutamaan hanya buat Irvette seekor ni. Berjanji saya akan jaga dengan baik = ) Chow ya..
No comments:
Post a Comment