Monday, 30 July 2012

Painted Skin 2 : The Resurrection (The Review)


Cantik kan poster nie !


Why?
Sebab Andy dah tengok yang first citer dia lagi sebab Andy suka citer cina yang lawan- lawan nie dan juga sebab Andy suka cerita yang mistik atau paranormal nie ..
Cereka fantasi ini mengisahkan syaitan rubah putih, Xiaowei ( Zhou Xun ), yang telah berjaya melepaskan diri dari hukuman penjara ais batu selama 500 tahun kerana membantu manusia di atas dasar cinta ..( Logik la kan, manusia dan syaitan mana boleh bercinta ..)
Bila terlepas, untuk terus kekal seperti manusia, Xiaowei perlu memakan jantung manusia untuk kekal cantik dia perlu melakukan demikian sehingga dia berjaya mendapatkan manusia yang rela menyerahkan jantungnya kepada dia sebelum gerhana bulan ..
Puteri Jing ( Zhao Wei ) pula merupakan anak pemerintah negara yang pandai bermain senjata dan telah menyelamatkan Xiaowei yang kononnya diburu oleh penjahat apahal sebenarnya dia berpura2 untuk mendapatkan mangsanya .
Muka Puteri Jing telah dicederakan oleh beruang liar dan ini menyebabkan rupanya cacat dan terpaksa bertopeng untuk menutupi keburukan rupanya .
Jeneral Hua ( Chen Kun )yang merupakan kekasih lama Puteri Jing tidak memperdulikan Puteri Jing kerana perbezaan taraf , yelah kan seorang puteri mana boleh bercinta dengan pengawalnya .
Tetapi ini disalahertikan oleh Puteri Jing, dia menganggap Jeneral Hua tidak menginginkan dia kerana rupanya yang cacat ..
Xiaowei menggunakan peluang ini untuk menggoda Puteri Jing bagi memulihkan kecacatan mukanya dengan menyerahkan jantungnya dengan hati yang ikhlas  ..
So , bagaimanakah kelanjutan citer nie ? Adakah Puteri Jing akan rela memberikan jantungnya kepada Xiao Wei ? Apakah perasaan sebenar Jeneral Hua terhadap Puteri Jing ? Saksikan sendiri lah yer  ..
Film Painted Skin: The Resurrection memecahkan rekor box office di China hanya dalam seminggu tayangannya di pawagam. Film aksi fantasi dan romantik sepanjang 130 menit yang juga dikemas dengan teknologi tiga dimensi (3D) telah meraih 298 juta yuan atau sekitar US$ 47,3 juta dalam empat hari pemutarannya .  So , tak rugi lah nak tengok citer nie mmg layaaann sangat dan ONE lah .


Penilaian Andy pada cerita nie :




Banyak aksi lawan yang best ..



Tak kurang juga aksi 18sx
Untuk yang bawah umur , hati-hatilah ye ..

Pastu make-up effect dia memang terbaekk ,
Aksesori dan wardrobe dia memang first class !




Tapi cerita ini juga mengisahkan erti kesetiaan dari pelbagai sudut
Kesetiaan pada pemerintah, pada negara, pada kekasih dan juga pada rakyat jelata ..


 
Jalan cerita : 4.7/5.0. u'all kena tengok yang first dulu, baru la faham yang second nie ..

Painted Skin 1




Penghayatan : 4.7/ 5.0. Suka sangat watak Xiaowei dan Puteri Jing





Haa , ni part yang paling saya suka =)
\

Part Xiao Wei yang dibekukan oleh ais datang Puteri Jing menghangatkan tubuh Xiao Wei .
Xiao Wei juga berdialog seperti ini ..
" Saya pernah mencintai seseorang , Saya ingin terus bersama dengannya selamanya . Dia mengatakan dia mencintai saya dan saya percaya dia .. "

Semak pula trailer dia ..
Dialog tu ada kat bahagian last kat clip ni ..
Ok , cukup untuk kali ini . Kalo u'all suka post Andy klik LIKE button kat bawah nie ok .
Sekian , terima kasihh ..

No comments:

Post a Comment