Monday, 30 July 2012

Woy Co Mek Woy ( Pullman Hotel : Part 2 )



Hi Hi Hi , Hi ....

Terima kasih kepada u'all yang sudi visit keluar masuk kat blog Andy nie ..
Seperti yang dijanjikan , sekarang nie Andy nak sambung lagi tentang cek in kat Pullman Hotel untuk kali ke - 2 kepada yang miss part 1 boleh cekidott dan klik kat sini yer .

Cek in kali ini bertemakan 'Woy Co Mek Woy' yang membawa maksud " ada apa tue  ?"
idea dari Atiq Fiolla dan Andy sendiri .

OK , let get started . Cek in kali ini Andy membawa kawan yang special bagi Andy , mereka adalah kawan rapat Andy . Yess , mereka adalah yang terbaik yang Andy pernah ada . Kadang-kadang Andy rasa mereka dah macam family dan adik-adik kepada Andy .


Otw Pullman Hotel ..




Akhirnya perjalanan selama 1 jam dari Bau selamat jua sampai ke destinasi yang nak dituju.. Penat rasanya Andy drive ( Atiq Fiolla rilex jer ) sudah hujan sesak pula tu nasib la tak "Mana ujan ga ada ojek becek kan .."ditambah pula kenakalan 2 orang member ni .Adohh , Tuhan je yang tahu ..


Cek in dapat kad trus menuju bilik , time tue bilik terletak di tingkat 13 . Tengok 2 orang nie , dah tak sabar nak naik atas tengok . HeHeHe ..


Opened door , still the same . Its DULUXE ROOM .


The luxurious bathroom ..

Selepas 30 menit berlalu , siap berkemas sediakan pakaian untuk terjun ( hehehe , bukan terjun dari tingkat atas yer .. ) bersiap untuk berenang kat swimmingpool dibawah ..


Tadaa , macam nie . Ok tak ? Motif sangat kan ?

Tunggu apa lagi , kita serbu larhh ...
Opps , kami berempat jer yang turun Atiq Fiolla lambat lagi biasalah kan (Bikini Barbie) nak dikatakan ..


Kita berkenalan dulu dengan peserta kita perenang antarabangsa ciyeeaa ! =P


Linda Tella



Khoyeng Ika


Bujang


Perrrgghhhh !! Best mak oiii ...


Atiq Fiolla

Turun padang juga bikini barbie nie , aiee Bikini baru nampak ..

Sekarang , jom kita intai - mengintai ..








He'ehh , Olla Ramlan watpe kat Pullman bukan ke tengah Shooting di jakarta sekarang ?


Fuyoooo , pewiiittt ... Atiq Fiolla gengster oma ..





Berenang untuk kesihatan ..



Habis berenang sekarang nak naik atas lagi , tukar pakaian bersiap untuk menghantar Bujang balik . Dia tak ikut cek in , sayang sangat kan .. So , lepas tu antar dia balik ...

Sebelum naik atas kita snap ckckckc clikkkk kacaakkkkk kejapp ..




Petang pukul 6 , Andy menghantar Bujang balik ke Bau ... HuHuHu ..
Atiq ngan Khoyeng stay ..Andy bertemankan Teyla je .

Sampai Bau dalam kul 6.45 singgah kejap kat Marrybrown sebab lapar sangat Atiq ngan Khoyeng kat hotel pon dah lapar dan call restaurant kat bawah minta hantarkan makanan  . Kami balik lagi hotel sampai hotel dalam pukul 7.50 .. 

Pada sebelah malam pula , kami bersisa 4 orang dalam 1 bilik . So , plan malam tu nak pergi santai menyantai dekat 'Bing Cafe' kat bawah . Dinner ?? Masih kenyang lagi lah ...


City view from 13 FLOOR



Rumours poses part 2 !


Alahaiii , suke nyer die ..


bing cafe !




Duduk , rilex , online fb , gossip , edit foto yang tadi petang snap ..
Cukup jam kami orang gerak lah , nak gi mana lepas tu er ? Blur kejap ..



yeaahhh K-11 .. Layan jiwa kejap ..feeling lagu sedih-sedih ..ala ....

Dah lewat tengah malam , kami pun dah mengantuk suara pon dah serak - serak so kami orang chaw dari k- 11 .

Sampai kat bilik , tetiba je terasa lapar .. Servis restaurant pon dah off .
Kami orang pon pergi tapau kfc dekat SP .


Pagi esok bangun pagi , breakfast .. mahal oo dia punya breakfast .
Lepas breakfast , ada yang sambung balik tido ada yang berkemas siap nak cek out ..
Andy pula nak round2 hotel nie belum puas juga rasanya . Paling suka sekali kat swimmingpool . So , sebelum cek out kami pose dulu lah untuk kenangan .












Tepat kul 12 tengahari , kami orang cek out lah ..



Begitulah alkisahnya untuk cek in pullman yang ke -2 kali nya ..
2 hari 1 malam , kira ok la enjoy sangat .. Masih ada lagi part 3 nantikan kelanjutkan nyer ok ..

Dah pukul 2.30 am , masih segar lagi mata nie .. pasnie nak tido pulak .
Thank la kepada yang sudi baca entri kali nie . Habis baca tu harap lah komen yer , takpun kalo u'all suka post ni klik LIKE button kat bawah nie k ..
Sekian dulu untuk kali ini , makasihhhhh !

Painted Skin 2 : The Resurrection (The Review)


Cantik kan poster nie !


Why?
Sebab Andy dah tengok yang first citer dia lagi sebab Andy suka citer cina yang lawan- lawan nie dan juga sebab Andy suka cerita yang mistik atau paranormal nie ..
Cereka fantasi ini mengisahkan syaitan rubah putih, Xiaowei ( Zhou Xun ), yang telah berjaya melepaskan diri dari hukuman penjara ais batu selama 500 tahun kerana membantu manusia di atas dasar cinta ..( Logik la kan, manusia dan syaitan mana boleh bercinta ..)
Bila terlepas, untuk terus kekal seperti manusia, Xiaowei perlu memakan jantung manusia untuk kekal cantik dia perlu melakukan demikian sehingga dia berjaya mendapatkan manusia yang rela menyerahkan jantungnya kepada dia sebelum gerhana bulan ..
Puteri Jing ( Zhao Wei ) pula merupakan anak pemerintah negara yang pandai bermain senjata dan telah menyelamatkan Xiaowei yang kononnya diburu oleh penjahat apahal sebenarnya dia berpura2 untuk mendapatkan mangsanya .
Muka Puteri Jing telah dicederakan oleh beruang liar dan ini menyebabkan rupanya cacat dan terpaksa bertopeng untuk menutupi keburukan rupanya .
Jeneral Hua ( Chen Kun )yang merupakan kekasih lama Puteri Jing tidak memperdulikan Puteri Jing kerana perbezaan taraf , yelah kan seorang puteri mana boleh bercinta dengan pengawalnya .
Tetapi ini disalahertikan oleh Puteri Jing, dia menganggap Jeneral Hua tidak menginginkan dia kerana rupanya yang cacat ..
Xiaowei menggunakan peluang ini untuk menggoda Puteri Jing bagi memulihkan kecacatan mukanya dengan menyerahkan jantungnya dengan hati yang ikhlas  ..
So , bagaimanakah kelanjutan citer nie ? Adakah Puteri Jing akan rela memberikan jantungnya kepada Xiao Wei ? Apakah perasaan sebenar Jeneral Hua terhadap Puteri Jing ? Saksikan sendiri lah yer  ..
Film Painted Skin: The Resurrection memecahkan rekor box office di China hanya dalam seminggu tayangannya di pawagam. Film aksi fantasi dan romantik sepanjang 130 menit yang juga dikemas dengan teknologi tiga dimensi (3D) telah meraih 298 juta yuan atau sekitar US$ 47,3 juta dalam empat hari pemutarannya .  So , tak rugi lah nak tengok citer nie mmg layaaann sangat dan ONE lah .


Penilaian Andy pada cerita nie :




Banyak aksi lawan yang best ..



Tak kurang juga aksi 18sx
Untuk yang bawah umur , hati-hatilah ye ..

Pastu make-up effect dia memang terbaekk ,
Aksesori dan wardrobe dia memang first class !




Tapi cerita ini juga mengisahkan erti kesetiaan dari pelbagai sudut
Kesetiaan pada pemerintah, pada negara, pada kekasih dan juga pada rakyat jelata ..


 
Jalan cerita : 4.7/5.0. u'all kena tengok yang first dulu, baru la faham yang second nie ..

Painted Skin 1




Penghayatan : 4.7/ 5.0. Suka sangat watak Xiaowei dan Puteri Jing





Haa , ni part yang paling saya suka =)
\

Part Xiao Wei yang dibekukan oleh ais datang Puteri Jing menghangatkan tubuh Xiao Wei .
Xiao Wei juga berdialog seperti ini ..
" Saya pernah mencintai seseorang , Saya ingin terus bersama dengannya selamanya . Dia mengatakan dia mencintai saya dan saya percaya dia .. "

Semak pula trailer dia ..
Dialog tu ada kat bahagian last kat clip ni ..
Ok , cukup untuk kali ini . Kalo u'all suka post Andy klik LIKE button kat bawah nie ok .
Sekian , terima kasihh ..